Friday, 14 March 2014

Islam Sebagai Ad-Din (Agama) Pembawa Rahmat

Maksud Islam Sebagai Ad-Din:
- Satu cara hidup yang lengkap meliputi semua aspek kehidupan manusia.

Ideologi Lain:
- Menganggap agama sebagai perkara individu yang hanya berkaitan dengan ibadat khusus semata-mata.

Kesan Menolak Islam Sebagai Ad-Din:
  • Dimurkai Allah
  • Timbul pelbagai masalah sosial, ekonomi dan politik
  • Hidup tanpa arah tujuan yang betul
  • Kemajuan yang dicapai tidak dapat memberi kebahagiaan yang sebenar
Rahmat Yang Dibawa Oleh Islam:
  1. Rahmat Hidayah (Petunjuk/Pimpinan)
      • إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ 
      • maksudnya: "tidak ada siapa yang boleh memberi hidayah kecuali Allah"                [surah al-Qasas, ayat 56]
      • Islam memberi petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar
      • Mengubah manusia daripada kejahilan kepada kebenaran
      • Cara untuk mendapat hidayah: berusaha dan berdoa
  2. Rahmat Iman
    • وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
    • maksudnya: "dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai," [surah al-Baqarah, ayat 25]
    • Orang yang beriman dapat mengawal nafsu
    • Mematuhi perintah Allah
    • Memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat
    • Mendapat balasan syurga
    • Mendapat ketenangan hati/ ketenteraman jiwa
  3. Rahmat Ilmu
    • يرفع الله الذين امنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات
    • maksudnya: "Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat," [surah al-Mujadalah, ayat 11]
    • Orang berilmu dipandang mulia di sisi Allah
    • Manusia dapat mengenal pencipta
    • Berfikiran waras dan bermanfaat
    • Ibadat lebih sempurna 
    • Boleh memberi sumbangan kepada kemajuan negara
  4. Rahmat Ibadat
    • إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
    • maksudnya: "sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar," [surah al-Ankabut, ayat 45]
    • Manusia berhubung dengan Allah melalui solat, puasa dll.
    • Ibadat yang dilakukan diberi ganjaran pahala
    • Dapat menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar
  5. Rahmat Akhlak
    • لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
    • maksudnya: "sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik,"         [surah al-Ahzab, ayat 21]
    • Manusia yang berakhlak mulia dihormati
    • Menjamin keselamatan hidup
  6. Rahmat Akal
    • Dapat membezakan antara manusia dengan makhluk lain/ dapat membezakan antara yang hak dan batil
    • Dapat merancang masa depan dengan baik
    • Memahami segala perintah Allah
    • Memahami hikmah perintah dan larangan-Nya
    • Bersyukur atas nikmat Allah
    • Manusia akan sentiasa beriman kepada Allah

1 comment: