- Menurut Al-Quran, manusia berasal daripada nabi Adam dan isterinya Hawa.
- Teori Charles Darwin menyatakan manusia berasal daripada beruk adalah TIDAK BENAR.
Hujah Menolak Teori Charles Darwin:
- Al-Quran
- Allah menerangkan asal kejadian manusia daripada nabi Adam dan Hawa.
- Akal
- Tidak pernah ditemui beruk bertukar menjadi manusia.
- Sains
- Manusia terjadi hasil percantuman sperma dengan ovum.
Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah:
- Firman Allah:
ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقينmaksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta" [surah al-Mukminun, ayat 12-14] - Manusia dijadikan melalui beberapa proses yang unik, rapi teratur menurut sunnah dan sistem yang ditentukan Allah.
Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran:
- Nutfah
- (sperma + ovum dalam rahim ibu) - 40 hari
- Alaqah
- (segumpal darah) - 40 hari
- Mudghoh
- (seketul daging) - 40 hari
- Malaikat meniupkan roh
- I'zhom
- Tulang dibaluti dengan daging
- Janin
- Lengkap anggota asas seperti telinga, mata, hidung, mulut, tangan, kaki dll
Proses Kejadian Manusia Menurut Sains:
- Manusia dari segi fizikal, terdiri dari kumpulan sel, tulang, saraf, darah dll yang membentuk jasad.
- Sperma + uvum dalam rahim ibu membentuk janin yang membesar secara berperingkat.
- Setelah cukup tempoh, janin lahir ke dunia sebagai bayi
Adakah Proses Kejadian Manusia Melalui Kajian Sains Bercanggah Dengan Al-Quran??
- Proses kejadian manusia melalui penemuan sains tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
- Hanya proses peniupan roh ke dalam janin sahaja yang tidak ditemui oleh ahli sains, kerana ilmu manusia terbatas, hanya mampu mengkaji perkara nyata sahaja.
- Firman Allah:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً - maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja" [surah al-Isra', ayat 85]
- Roh adalah urusan Allah.
- Ilmu manusia terbatas, hanya mampu mengkaji perkara yang nyata sahaja. Mereka tidak mampu mengkaji roh kerana ia perkara ghaib.
Bukti kekuasaan Allah Melalui Kejadian Manusia:
- Proses kejadian manusia yang unik, rapi dan teratur menurut sistem yang diatur oleh pencipta yang Maha Agong.
- Proses penciptaan anggota manusia seperti telinga, mata, jantung dan anggota lain dan diletakkan di tempat yang sesuai dan berfungsi dengan baik.
- Peniupan roh yang tidak dapat dikaji oleh ahli sains membuktikan kekuasaan Allah.
- Pengurniaan akal kepada manusia yang mampu berfikir, berusaha dan mencipta sesuatu membuktikan kekuasaan Allah.
Hikmah Kejadian Manusia Pelbagai Rupa dan Bangsa:
- Supaya manusia memperhambakan diri kepada Allah tanpa mengira rupa dan bangsa.
- Manusia dapat berkenalan, tolong-menolong dan menghargai keistimewaan masing-masing.
- Supaya menjadi khalifah Allah dan sama-sama memakmurkan muka bumi.
- Setiap orang boleh menilai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, supaya tidak sombong dan takabur.
Keistimewaan Manusia:
- Manusia dikurniakan akal, mampu berfikir dan mencipta sesuatu.
- Manusia dilantik sebagai khaifah Allah untuk memakmurkan bumi.
- Manusia dicipta sebaik-baik kejadian.
- Manusia dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.
Tq atas notanya
ReplyDeletesngt membantu
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...sgt membantu,doakan kami batch PT3/2020 berjaya dunia akhirat..:)
ReplyDeleteTerima kasih ats nota tersebut😘
ReplyDeleteSngt membantu nota ini
ReplyDeleteIa sangat membantu saya
ReplyDelete