Saturday, 15 March 2014

Konsep Dosa dan Pahala

Maksud dosa:
  1. Bahasa - Hukuman atau balasan.
  2. Syarak -  Balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yang diperintahnya.
Istilah Dosa Dalam Al-Quran:
  • الذنب
  • الخطيئة
  • السيئة
  • العصيان
  • الفساد
  • الإثم


Maksud Pahala:
  1. Bahasa - Ganjaran atau balasan
  2. Syarak - Ganjaran baik yang dikurniakan oleh Allah kerana mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Istilah Pahala Dalam Al-Quran:
  • الثواب
  • الأجر


Bahagian Dosa:
  1. Dosa Besar
    • Kesalahan yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis dengan ancaman Neraka atau kemurkaan dan seksaan Allah. Kesalahan yang dikenakan hukum had.
    • Tidak akan diampun kecuali dengan taubat nasuha.
    • contohya: membunuh, derhaka kepada ibu bapa, zina
  2. Dosa Kecil
    • Kesalahan yang tidak disertai ancaman kemurkaan dan seksaan Allah. Kesalahan di luar batasan hukum had.
    • Boleh terhapus dengan amalan kebajikan dan menjauhkan diri dari dosa besar.
    • contohnya: Menyentuh al-Quran tanpa wuduk.
     

Akibat Dosa:
  • Mendapat kemurkaan daripada Allah
  • Hati sentiasa resah dan gelisah
  • Allah akan menarik nikmat dan menurunkan bala
  • Memutuskan hubungan antara hamba dan tuhannya
  • Doa tidak dimakbulkan oleh Allah
  • Mendapat balasan neraka di akhirat kelak
  • Mudah berputus asa
  • Menimbulkan banyak penyakit sosial seperti pergaduhan, pembunuhan dll. 

Kesan Pahala:
  • Mendapat keredhaan Allah
  • Jiwa sentiasa tenang dan gembira
  • Sentiasa sabar di dalam setiap ujian Allah kepadanya
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Doa dimakbulkan oleh Allah
  • Mendapat balasan syurga di akhirat kelak
  • Allah akan memelihara manusia dari bala bencana dan penyakit.

Ciri-ciri Dosa:
  • Perbuatan melanggar perintah Allah akan membawa kerosakan dan kesusahan bagi kehidupan manusia di dunia dan di akhirat
  • Mendatangkan berbagai penyakit
  • Menimbulkan keresahan kepada manusia
  • Dibenci oleh masyarakat kerana fitrah manusia benci akan kejahatan

Ciri-ciri Pahala:
  • Perbuatan mentaati perintah Allah akan memberi kesenangan bagi kehidupan manusia di dunia dan di akhirat
  • Menjauhkan dari pelbagai penyakit
  • Memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia
  • Menyatupadukan orang Islam serta masyarakat

Faktor Yang Mendorong Seseorang Melakukan Dosa:
  • Hasutan syaitan
  • Pengaruh hawa nafsu
  • Kurang didikan agama
  • Lemah iman dalam diri
  • Pengaruh suasana masyarakat, kawan-kawan dan media massa
  • Tiada wawasan kehidupan akhirat

Faktor Yang Mendorong Seseorang Mendapat Pahala:
  • Berusaha membuat kebaikan
  • Mencari kawan-kawan yang baik dan sentiasa menghadiri majlis ilmu
  • Mendapat didikan agama yang secukupnya
  • Melakukan amal kebajikan
  • Banyak melakukan ibadat kepada Allah
  • Mempunyai wawasan kehidupan akhirat


Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Dosa:
  • Meninggalkan tuntutan Rukun Islam dan Rukun Iman
  • Melanggar batas-batas hak sesama makhluk seperti mengumpat, mencaci, membuat fitnah, mangadu domba, melihat aurat bukan mahram dll.
  • Melakukan maksiat kepada Allah


Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pahala:
  • Menunaikan tuntutan Rukun Islam seperti solat lima waktu, berpuasa, menunaikan haji dan menunaikan zakat
  • Melakukan amalan sunat seperti bersedekah dan membantu orang yang kurang upaya
  • Memenuhi hak ibu bapa, anak-anak serta ahli keluarga lain


Konsep Dosa dan Pahala Dapat Mengatasi Gejala Sosial.
Hujah Untuk Menyokong Pernyataan Tersebut:
-Orang yang berpegang dengan konsep dosa dan pahala akan sentiasa mengawasi diri.


Langkah Untuk Menjauhi dan Menghapuskan Dosa:
  • Mendalami ilmu agama
  • Ilmu yang dituntut hendaklah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya diamalkannya.
  • Sentiasa bertaubat dan berdoa kepada Allah
  • Sentiasa berterusan melakukan ibadat kepada Allah
  • Sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ibadat dan amal kebajikan 
  • Muhasabah diri dari semasa ke semasa


Maksud Taubat:
  • Kembali ke pangkal jalan iaitu kembali kepada fitrah. Fitrah Islam ialah bersih daripada dosa.
  • Berhenti dari melakukan maksiat, menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan, berazam tidak akan mengulangi lagi serta terus mendekatkan diri kepada Allah.


Cara Bertaubat:
  1. Kepada Allah
    • Berhenti terus daripada melakukan dosa
    • Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan
    • Berazam tidak akan mengulangi dosa itu lagi
    • Memohon ampun daripada Allah
  2. Kepada Manusia
    • Berhenti terus daripada melakukan dosa
    • Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan
    • Berazam tidak akan mengulangi dosa itu lagi
    • Memohon maaf dan memenuhi hak mereka




I

No comments:

Post a Comment