Sunday, 16 March 2014

Hukum Syarak

Maksud Hukum Syarak:
  • Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (Iqtidha'), pilihan (Takhyir) atau Wad'ie
Jenis Khitob Allah:
  1. Iqtidha'
    • Khitob Allah yang menuntut melakukan sesuatu perintah sama ada dengan tuntutan pasti (wajib dan haram) atau tidak pasti (sunat dan makruh) .
  2. Takhyir
    • Khitob Allah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak - Harus
  3. Wad'ie
    • Khitob Allah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum.

Bahagian Hukum Syarak:
  1. Hukum Taklifi
    • Khitob Allah yang mengandungi tuntutan (Iqtidha') ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara atau mengandungi pilihan (Takhyir) sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
    • Bahagian hukum Taklifi:
      1. Ijab
        • Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (Jazmun)
          ~Wajib - perbuatan yang dituntut
          ~ contoh - solat wajib
          ~ Wujub - kesan tuntutan
      2. Nadbu
        • Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (Ghoiri Jazmi).
          ~ Mandub - perbuatan yang dituntut
          ~ contoh - menulis hutang sunat, sedaqah sunat, solat sunat
          ~ Nadbu - kesan tuntutan
      3. Tahrim
        • Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti.
          ~ Haram - perbuatan yang dituntut meninggalkannya
          ~ contoh - zina, minum arak, berjudi, mencuri dll
          ~ Hurmatun - kesan tuntutan
      4. Karahah
        • Tuntutan Syarak ke atas mukallaf supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (Ghoiru Jazmi)
          ~ Makruh - perbuatan yang dituntut meninggalkannya
          ~ contoh - Bertanya sesuatu yang bila dijawab akan menyusahkan kamu, seperti talak
          ~ Karahah - kesan tuntutan
      5. Ibahah
        • Tuntutan syarak yang mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada melakukan atau tidak
          ~ Mubah - perbuatan yang diberi pilihan
          ~ contoh - berburu selepas tahallul, makan daging lembu
          ~ Ibahah - kesan tuntutan
  2. Hukum Wad'ie
    • Khitob Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang (Manik) kepada sesuatu hukum.
    • Hukum Wad'ie adalah pendahuluan kepada sesuatu tuntutan.
    • Bahagian Hukum Wad'ie:
      1. Sebab
        • Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum. Ada sebab, ada hukum, dan tiada sebab, tiada hukum.
        • contoh:
          1. sebab - mencuri
            hukum - wajib potong tangan
          2. sebab - gelincir matahari
            hukum - wajib solat zohor
      2. Syarat
        • Sesuatu yang kerananya, wujud hukum, tetapi tidak semestinya ada syarat, hukum pun ada.
        • contoh:
          1. syarat - wuduk
            hukum - sah solat
      3. Manik
        • Sesuatu yang kerananya, sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan dan tanpa manik, hukum dapat dilaksanakan.
        • contoh:
          1. manik - membunuh
            hukum - tidak berhak mendapat pusaka orang yang dibunuh
          2. manik - perbezaan agama/kafir
            hukum - tidak dapat pusaka
      4. Sah
        • Perbuatan yang dilakukan sempurna rukun dan syarat serta terhasil kesan yang dikehendaki.
        • contoh:
          1. sah - ibadat atau muamalat yang dikerjakan sempurna rukun dan syarat, dikira sah
            kesan - ibadat atau muamalat itu tidak perlu diqada'.
      5. Batal
        • Perbuatan yang dilakukan tidak sempurna rukun dan syarat serta tidak terhasil kesan yang dikehendaki.
        • contoh:
          1. batal - ibadat atau muamalat yang tidak sempurna rukun dan syarat
           
         
       
     

Hikmah Suruhan dan Larangan Allah:
  • Mendisiplinkan diri manusia
  • Menguji tahap keimanan manusia
  • Merangsang manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
  • Membezakan antara manusia dengan haiwan

Pengenalan Ilmu Usul Fiqh

Pengertian Usul Fiqh:
  1. Berasal dari 2 perkataan:
    • Usul, (dari segi bahasa) bermaksud asas,sumber,kaedah atau dalil
    • Fiqh, (dari segi bahasa) bermaksud memahami sesuatu perkara
  2. (dari segi istilah) bermaksud pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.


Maksud Ilmu Usul Fiqh
  • Ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.


Faedah Mempelajari Ilmu Usul Fiqh:
  • Para ulama' dapat mengeluarkan hukum dengan lebih tepat berdasarkan dalil-dalil yang kukuh.
  • Dapat mengetahui hukum-hukum syarak dan beramal dengan penuh yakin.
  • Memahami cara-cara ulama' mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil.
  • Mengetahui cara-cara ulama' menetapkan hukum-hukum baru yang tidak terdapat hukumnya dalam a-Quran dan as-Sunnah.
  • Mengetahui punca perselisihan hukum di kalangan ulama'.

Skop Perbahasan Ilmu Usul Fiqh:
  • Dalil-dalil syarak
    - merangkumi dalil yang disepakati dan dalil yang tidak disepakati.
  • Dilalah
    - merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas al-Quran dan as-Sunnah.
  • Ta'arud dan Tarjih
    - perbahasan tentang percanggahan antara dalil-dalil serta jalan penyelesaiannya.
  • Ijtihad dan Mujtahid
    - Merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
  • Hukum-hukum Kulli
    - Merangkumi hukum taklifi dan wad'ie

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul Fiqh:
  1. Zaman Rasulullah
    • Hukum diambil dari wahyu Allah : Al-Quran dan As-Sunnah
    • Segala perkara yang berlaku dirujuk kepada Rasul SAW
    • Rasul SAW membenarkan sahabat yang tinggal jauh berijtihad dalam perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.
      contohnya, Muaz bin Jabal yang dihantar ke Yaman.
  2. Zaman Sahabat
    Para Mujtahid : Abu Bakar, Umar, Osman, Ali
    • Semua masalah dirujuk kepada para sahabat selepas Rasul SAW wafat.
    • Mereka mampu merujuk terus Al-Quran dan As-Sunnah dalam menetapkan hukum.
    • Mereka juga berijtihad menggunakan kaedah Qias bagi perkara yang tiada nas.
    • Apabila terdapat kata sepakat sahabat dalam sesuatu hukum, berlakulah Ijmak.
    • Keistimewaan Para Sahabat:
      • Penguasaan Bahasa Arab yang baik membolehkan mereka memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan tepat.
      • Mengetahui sebab nuzul ayat dan sebab wurud hadis.
      • Mereka adalah perawi hadis dan tidak perlu kepada kaedah tertentu untuk menentukan kesahihan sesuatu hadis.
  3. Zaman Tabiin
    Mujtahid di kalangan tabiin : Said bin Musayyib, Urwah bin Zubir, Al-Qadhi bin Syuraih, Ibrahim Annakha'ie
    • Cara para ulama' mengambil hukum hampir sama dengan zaman sahabat.
    • Sumber rujukan mereka ialah al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak.
    • Mereka akan merujuk pandangan para sahabat sebelum berijtihad.
    • Idea untuk menyusun Ilmu Usul Fiqh belum muncul.
  4. Zaman Kemunculan Ilmu Usul Fiqh
    • Bilangan umat Islam semakin bertambah.
    • Berlaku percampuran antara orang Arab dan bukan Arab.
    • Penguasaan bahasa Arab di kalangan orang Arab semakin lemah.
    • Timbul banyak masalah baru yang tiada hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas.
    • Pada akhir kurun ke-2 Hijrah, para ulama' mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakan Ilmu Usul Fiqh.
    • Imam Muhammad Idris As-Syafi'e (Imam Syafi'e) dikenali sebagai pengasas kerana beliau mula-mula menyusun Ilmu Usul Fiqh dalam Kitab Ar-Risalah.

    Cara Penulisan Ilmu Usul Fiqh:
    1. Toriqah Mutakallimin
      • Dikenali sebagai Toriqoh Syafi'eyyah kerana dipelopori oleh ulama' Syafi'eyyah.
      • Membuat kaedah dan mengukuhkannya dengan dalil-dalil nakli dan akli.
      • Kaedah-kaedah itu dijadikan dasar untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
      • Masalah fiqh dibiarkan berasingan dan tidak ditulis dalam kitab ini.
      • Kitab yang ditulis:
        ~ Al Burhan
        ~ Al Muktamad
        ~ Al Mustafa min Ilmu Usul
        ~ Al Mahsul
        ~ Al Ihkam Fi Usuli Ahkam
    2. Toriqah Ahnaf
      • Dikenali sebagai Toriqah Fuqahak.
      • Kaedah usul dibuat berdasarkan hukum-hukum yang diputuskan oleh Imam Mazhab mereka.
      • Kaedah-kaedah itu mestilah selaras dengan apa yang telah diputuskan, jika tidak, kaedah itu perlu diubah suai.
      • Terdapat banyak masalah fiqh dalam penulisan ini.
      • Kitab yang ditulis:
        ~ Al Usul oleh Abu Bakar
        ~ Al Usul oleh Abu Zaid
        ~ Al Usul oleh Fakhrul Islam
        ~ Kasyful Asrar
    3. Toriqah Mutaakhirin
      - akhir kurun ke-2 Hijrah
      • Menggabungkan kedua-dua cara iaitu Mutakallimin dan Ahnaf.
      • Cara ini diikuti oleh ulama' berbagai mazhab
        seperti Syafi'e, Maliki, Hanafi dan Hanbali.
      • Kitab yang ditulis:
        ~ Badi'un Nizhom
        ~ Attanqih
        ~ Syarhu taudhih