Saturday, 15 March 2014

Iman Boleh Bertambah dan Berkurang

Pendapat Ulama' Mengenai Iman Bertambah dan Berkurang:
  1. Jumhur Ulama'
    • Iman boleh bertambah dan berkurang
    • Iman manusia akan bertambah sekiranya mereka melakukan kepatuhan kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, dan akan berkurang jika melakukan maksiat
  2. Ahli Fikh dan Ahli Hadis
    • Iman boleh bertambah dengan amal soleh dan mentaati perintah Allah
  3. Imam Bukhori
    Ulama' pada zamannya berpendapat:
    • Iman adalah perbuatan dan amalan.
    • Iman boleh bertambah dan berkurang.


Dalil-Dalil Iman Boleh Bertambah dan Berkurang:
  1. Surah al-Anfal ayat 2
    • إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَإِذا تُلِيَت عَلَيهِم ءايٰتُهُ زادَتهُم إيمٰنًا وَعَلىٰ رَبِّهِم يَتَوَكَّلونَ
    • maksudnya: " sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
  2. Surah al-Fath ayat 4
    • هُوَ الَّذى أَنزَلَ السَّكينَةَ فى قُلوبِ المُؤمِنينَ لِيَزدادوا إيمٰنًا مَعَ إيمٰنِهِم ۗ وَلِلَّهِ جُنودُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا
    • maksudnya: (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
  3. Sabda Rasul SAW
    • قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا
    • maksudnya: sabda Rasulullah SAW: "orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya"


Keadaan Iman Bagi:
  1. Nabi dan Rasul
    - Iman bertambah dan tidak berkurang
  2. Manusia dan Jin
    - Iman bertambah dan berkurang
  3. Para Malaikat
    - Iman tidak bertambah dan tidak berkurang
  4. Orang-orang Fasik
    - Iman sentiasa berkurang

Faktor-faktor/Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pertambahan Iman:
  • Mendalami ilmu agama sama ada yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah, sifat-sifat Rasulullah dan syariatnya atau yang berkaitan dengan hari akhirat.
  • Memperbanyakkan amal-amal soleh yang boleh membawa kita hampir kepada Allah.
  • Selalu berzikir dengan mengingati Allah dalam apa jua keadaan dan melakukan amalan-amalan sunat.
  • Berfikir tentang keagungan dan kebesaran Allah dengan memerhatikan ciptaan-Nya serta tanda-tanda kebesaran seperti laut, bukit-bukau, gunung-ganang dll.
  • Memperbanyakkan amalan kebajikan seperti membantu faqir miskin, gotong-royong dll. Jika dilakukan dengan ikhlas, ia akan dapat menambahkan iman.
  • Sabar menghadapi ujian.


Faktor-faktor/Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pengurangan Iman:
  • Jahil Tentang agama.
  • Pengaruh rakan sebaya, media dan persekitaran yang negatif.
  • Pengaruh hawa nafsu.
  • Meninggalkan perintah Allah dan Rasul-Nya.
  • Melakukan maksiat kepada Allah.
  • Hasutan syaitan.
  • Berakhlak dengan akhlak yang buruk seperti mencaci, sombong, mengeluarkan kata-kata kesat dll.

Perkara/Cara Yang Boleh Membatalkan Iman:
  • Iktiqad
    1. Beriktiqad bahawa alam ini qadim, tiada pencipta.
    2. Beriktiqad bahawa agama kafir lebih baik daripada agama Islam.
    3. Tidak mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman.
    4. Merasa ragu-ragu terhadap hukum Allah yang termaktub di dalam al-Quran.
     
  • Perkataan
    1. Menghina hukum Islam seperti hukum ini sudah lapuk.
    2. Mencerca Allah dan Rasul-Nya atau sifat-sifatNya yang sempurna.
    3. Membaca ayat al-Quran dengan cara mempersenda dan mempermainkannya.
    4. Melahirkan kebencian ketika menyebut nama Allah seperti menyatakan: "orang itu sedang menyalak" kepada orang yang sedang azan.
     
  • Perbuatan
    1. Menukarkan agama kepada agama lain (murtad).
    2. Menganut fahaman yang menolak Islam.
    3. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
    4. Menyembah berhala atau melakukan mana-mana ibadat yang lain daripada Allah. 
    5. Meletakkan al-Quran, hadis Nabi atau nama-nama Allah di tempat yang kotor dengan tujuan untuk menghina.


Syarat-syarat Yang Boleh Menyebabkan Terbatalnya Iman:
  1. Hatinya tenang mengucapkan ucapan kufur.
  2. Rela dan redha dengan tindakan yang dilakukan walaupun dipaksa kerana Rasulullah SAW menyebut bahawa setiap amalan itu bergantung kepada niat seseorang.


Usaha Untuk Menjauhkan Perkara-perkara Yang Boleh Membatalkan Iman:
  • Memberi didikan agama yang sempurna terutamanya kepada anak-anak.
  • Menguatkuasakan undang-undang.
  • Menjalankan hukum-hukum Islam di dalam masyarakat.
  • Memperbanyakkan zikir kepada Allah dan sentiasa mengingatinya.
  • Melakukan amalan sunat.
  • Menjauhkan maksiat.


Ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia:
  • Mempertikaikan kebenaran ajaran al-Quran dan al-Hadis atau mentafsirkannya mengikut sesuka hati tanpa ilmu.
  • Mengadakan perkara bid'ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan syariat yang diasaskan dengan dalil qat'ie.
  • Mana-mana kumpulan yang mendakwa dirinya atau orang lain sebagai nabi terakhir, nabi Isa, Imam Mahdi atau lain-lain istilah yang seumpama dengannya.
  • Mempercayai ada kitab lain yang menyamai al-Quran dan memansukhkannya serta mempercayai ada kiblat yang lain selain dari ka'bah.
  • Pendewaan diri atau pemimpin seperti mendakwa dirinya atau ketuanya adalah ahli syurga, boleh menebus dosa atau mendakwa mempunyai kelebihan lebih dari orang lain.


No comments:

Post a Comment