Sunday, 16 March 2014

Hukum Syarak

Maksud Hukum Syarak:
  • Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (Iqtidha'), pilihan (Takhyir) atau Wad'ie
Jenis Khitob Allah:
  1. Iqtidha'
    • Khitob Allah yang menuntut melakukan sesuatu perintah sama ada dengan tuntutan pasti (wajib dan haram) atau tidak pasti (sunat dan makruh) .
  2. Takhyir
    • Khitob Allah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak - Harus
  3. Wad'ie
    • Khitob Allah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum.

Bahagian Hukum Syarak:
  1. Hukum Taklifi
    • Khitob Allah yang mengandungi tuntutan (Iqtidha') ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara atau mengandungi pilihan (Takhyir) sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
    • Bahagian hukum Taklifi:
      1. Ijab
        • Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (Jazmun)
          ~Wajib - perbuatan yang dituntut
          ~ contoh - solat wajib
          ~ Wujub - kesan tuntutan
      2. Nadbu
        • Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (Ghoiri Jazmi).
          ~ Mandub - perbuatan yang dituntut
          ~ contoh - menulis hutang sunat, sedaqah sunat, solat sunat
          ~ Nadbu - kesan tuntutan
      3. Tahrim
        • Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti.
          ~ Haram - perbuatan yang dituntut meninggalkannya
          ~ contoh - zina, minum arak, berjudi, mencuri dll
          ~ Hurmatun - kesan tuntutan
      4. Karahah
        • Tuntutan Syarak ke atas mukallaf supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (Ghoiru Jazmi)
          ~ Makruh - perbuatan yang dituntut meninggalkannya
          ~ contoh - Bertanya sesuatu yang bila dijawab akan menyusahkan kamu, seperti talak
          ~ Karahah - kesan tuntutan
      5. Ibahah
        • Tuntutan syarak yang mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada melakukan atau tidak
          ~ Mubah - perbuatan yang diberi pilihan
          ~ contoh - berburu selepas tahallul, makan daging lembu
          ~ Ibahah - kesan tuntutan
  2. Hukum Wad'ie
    • Khitob Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang (Manik) kepada sesuatu hukum.
    • Hukum Wad'ie adalah pendahuluan kepada sesuatu tuntutan.
    • Bahagian Hukum Wad'ie:
      1. Sebab
        • Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum. Ada sebab, ada hukum, dan tiada sebab, tiada hukum.
        • contoh:
          1. sebab - mencuri
            hukum - wajib potong tangan
          2. sebab - gelincir matahari
            hukum - wajib solat zohor
      2. Syarat
        • Sesuatu yang kerananya, wujud hukum, tetapi tidak semestinya ada syarat, hukum pun ada.
        • contoh:
          1. syarat - wuduk
            hukum - sah solat
      3. Manik
        • Sesuatu yang kerananya, sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan dan tanpa manik, hukum dapat dilaksanakan.
        • contoh:
          1. manik - membunuh
            hukum - tidak berhak mendapat pusaka orang yang dibunuh
          2. manik - perbezaan agama/kafir
            hukum - tidak dapat pusaka
      4. Sah
        • Perbuatan yang dilakukan sempurna rukun dan syarat serta terhasil kesan yang dikehendaki.
        • contoh:
          1. sah - ibadat atau muamalat yang dikerjakan sempurna rukun dan syarat, dikira sah
            kesan - ibadat atau muamalat itu tidak perlu diqada'.
      5. Batal
        • Perbuatan yang dilakukan tidak sempurna rukun dan syarat serta tidak terhasil kesan yang dikehendaki.
        • contoh:
          1. batal - ibadat atau muamalat yang tidak sempurna rukun dan syarat
           
         
       
     

Hikmah Suruhan dan Larangan Allah:
  • Mendisiplinkan diri manusia
  • Menguji tahap keimanan manusia
  • Merangsang manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
  • Membezakan antara manusia dengan haiwan

Pengenalan Ilmu Usul Fiqh

Pengertian Usul Fiqh:
  1. Berasal dari 2 perkataan:
    • Usul, (dari segi bahasa) bermaksud asas,sumber,kaedah atau dalil
    • Fiqh, (dari segi bahasa) bermaksud memahami sesuatu perkara
  2. (dari segi istilah) bermaksud pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.


Maksud Ilmu Usul Fiqh
  • Ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.


Faedah Mempelajari Ilmu Usul Fiqh:
  • Para ulama' dapat mengeluarkan hukum dengan lebih tepat berdasarkan dalil-dalil yang kukuh.
  • Dapat mengetahui hukum-hukum syarak dan beramal dengan penuh yakin.
  • Memahami cara-cara ulama' mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil.
  • Mengetahui cara-cara ulama' menetapkan hukum-hukum baru yang tidak terdapat hukumnya dalam a-Quran dan as-Sunnah.
  • Mengetahui punca perselisihan hukum di kalangan ulama'.

Skop Perbahasan Ilmu Usul Fiqh:
  • Dalil-dalil syarak
    - merangkumi dalil yang disepakati dan dalil yang tidak disepakati.
  • Dilalah
    - merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas al-Quran dan as-Sunnah.
  • Ta'arud dan Tarjih
    - perbahasan tentang percanggahan antara dalil-dalil serta jalan penyelesaiannya.
  • Ijtihad dan Mujtahid
    - Merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
  • Hukum-hukum Kulli
    - Merangkumi hukum taklifi dan wad'ie

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul Fiqh:
  1. Zaman Rasulullah
    • Hukum diambil dari wahyu Allah : Al-Quran dan As-Sunnah
    • Segala perkara yang berlaku dirujuk kepada Rasul SAW
    • Rasul SAW membenarkan sahabat yang tinggal jauh berijtihad dalam perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.
      contohnya, Muaz bin Jabal yang dihantar ke Yaman.
  2. Zaman Sahabat
    Para Mujtahid : Abu Bakar, Umar, Osman, Ali
    • Semua masalah dirujuk kepada para sahabat selepas Rasul SAW wafat.
    • Mereka mampu merujuk terus Al-Quran dan As-Sunnah dalam menetapkan hukum.
    • Mereka juga berijtihad menggunakan kaedah Qias bagi perkara yang tiada nas.
    • Apabila terdapat kata sepakat sahabat dalam sesuatu hukum, berlakulah Ijmak.
    • Keistimewaan Para Sahabat:
      • Penguasaan Bahasa Arab yang baik membolehkan mereka memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan tepat.
      • Mengetahui sebab nuzul ayat dan sebab wurud hadis.
      • Mereka adalah perawi hadis dan tidak perlu kepada kaedah tertentu untuk menentukan kesahihan sesuatu hadis.
  3. Zaman Tabiin
    Mujtahid di kalangan tabiin : Said bin Musayyib, Urwah bin Zubir, Al-Qadhi bin Syuraih, Ibrahim Annakha'ie
    • Cara para ulama' mengambil hukum hampir sama dengan zaman sahabat.
    • Sumber rujukan mereka ialah al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak.
    • Mereka akan merujuk pandangan para sahabat sebelum berijtihad.
    • Idea untuk menyusun Ilmu Usul Fiqh belum muncul.
  4. Zaman Kemunculan Ilmu Usul Fiqh
    • Bilangan umat Islam semakin bertambah.
    • Berlaku percampuran antara orang Arab dan bukan Arab.
    • Penguasaan bahasa Arab di kalangan orang Arab semakin lemah.
    • Timbul banyak masalah baru yang tiada hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas.
    • Pada akhir kurun ke-2 Hijrah, para ulama' mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakan Ilmu Usul Fiqh.
    • Imam Muhammad Idris As-Syafi'e (Imam Syafi'e) dikenali sebagai pengasas kerana beliau mula-mula menyusun Ilmu Usul Fiqh dalam Kitab Ar-Risalah.

    Cara Penulisan Ilmu Usul Fiqh:
    1. Toriqah Mutakallimin
      • Dikenali sebagai Toriqoh Syafi'eyyah kerana dipelopori oleh ulama' Syafi'eyyah.
      • Membuat kaedah dan mengukuhkannya dengan dalil-dalil nakli dan akli.
      • Kaedah-kaedah itu dijadikan dasar untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
      • Masalah fiqh dibiarkan berasingan dan tidak ditulis dalam kitab ini.
      • Kitab yang ditulis:
        ~ Al Burhan
        ~ Al Muktamad
        ~ Al Mustafa min Ilmu Usul
        ~ Al Mahsul
        ~ Al Ihkam Fi Usuli Ahkam
    2. Toriqah Ahnaf
      • Dikenali sebagai Toriqah Fuqahak.
      • Kaedah usul dibuat berdasarkan hukum-hukum yang diputuskan oleh Imam Mazhab mereka.
      • Kaedah-kaedah itu mestilah selaras dengan apa yang telah diputuskan, jika tidak, kaedah itu perlu diubah suai.
      • Terdapat banyak masalah fiqh dalam penulisan ini.
      • Kitab yang ditulis:
        ~ Al Usul oleh Abu Bakar
        ~ Al Usul oleh Abu Zaid
        ~ Al Usul oleh Fakhrul Islam
        ~ Kasyful Asrar
    3. Toriqah Mutaakhirin
      - akhir kurun ke-2 Hijrah
      • Menggabungkan kedua-dua cara iaitu Mutakallimin dan Ahnaf.
      • Cara ini diikuti oleh ulama' berbagai mazhab
        seperti Syafi'e, Maliki, Hanafi dan Hanbali.
      • Kitab yang ditulis:
        ~ Badi'un Nizhom
        ~ Attanqih
        ~ Syarhu taudhih

Saturday, 15 March 2014

Iman Boleh Bertambah dan Berkurang

Pendapat Ulama' Mengenai Iman Bertambah dan Berkurang:
  1. Jumhur Ulama'
    • Iman boleh bertambah dan berkurang
    • Iman manusia akan bertambah sekiranya mereka melakukan kepatuhan kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, dan akan berkurang jika melakukan maksiat
  2. Ahli Fikh dan Ahli Hadis
    • Iman boleh bertambah dengan amal soleh dan mentaati perintah Allah
  3. Imam Bukhori
    Ulama' pada zamannya berpendapat:
    • Iman adalah perbuatan dan amalan.
    • Iman boleh bertambah dan berkurang.


Dalil-Dalil Iman Boleh Bertambah dan Berkurang:
  1. Surah al-Anfal ayat 2
    • إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَإِذا تُلِيَت عَلَيهِم ءايٰتُهُ زادَتهُم إيمٰنًا وَعَلىٰ رَبِّهِم يَتَوَكَّلونَ
    • maksudnya: " sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
  2. Surah al-Fath ayat 4
    • هُوَ الَّذى أَنزَلَ السَّكينَةَ فى قُلوبِ المُؤمِنينَ لِيَزدادوا إيمٰنًا مَعَ إيمٰنِهِم ۗ وَلِلَّهِ جُنودُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا
    • maksudnya: (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
  3. Sabda Rasul SAW
    • قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا
    • maksudnya: sabda Rasulullah SAW: "orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya"


Keadaan Iman Bagi:
  1. Nabi dan Rasul
    - Iman bertambah dan tidak berkurang
  2. Manusia dan Jin
    - Iman bertambah dan berkurang
  3. Para Malaikat
    - Iman tidak bertambah dan tidak berkurang
  4. Orang-orang Fasik
    - Iman sentiasa berkurang

Faktor-faktor/Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pertambahan Iman:
  • Mendalami ilmu agama sama ada yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah, sifat-sifat Rasulullah dan syariatnya atau yang berkaitan dengan hari akhirat.
  • Memperbanyakkan amal-amal soleh yang boleh membawa kita hampir kepada Allah.
  • Selalu berzikir dengan mengingati Allah dalam apa jua keadaan dan melakukan amalan-amalan sunat.
  • Berfikir tentang keagungan dan kebesaran Allah dengan memerhatikan ciptaan-Nya serta tanda-tanda kebesaran seperti laut, bukit-bukau, gunung-ganang dll.
  • Memperbanyakkan amalan kebajikan seperti membantu faqir miskin, gotong-royong dll. Jika dilakukan dengan ikhlas, ia akan dapat menambahkan iman.
  • Sabar menghadapi ujian.


Faktor-faktor/Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pengurangan Iman:
  • Jahil Tentang agama.
  • Pengaruh rakan sebaya, media dan persekitaran yang negatif.
  • Pengaruh hawa nafsu.
  • Meninggalkan perintah Allah dan Rasul-Nya.
  • Melakukan maksiat kepada Allah.
  • Hasutan syaitan.
  • Berakhlak dengan akhlak yang buruk seperti mencaci, sombong, mengeluarkan kata-kata kesat dll.

Perkara/Cara Yang Boleh Membatalkan Iman:
  • Iktiqad
    1. Beriktiqad bahawa alam ini qadim, tiada pencipta.
    2. Beriktiqad bahawa agama kafir lebih baik daripada agama Islam.
    3. Tidak mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman.
    4. Merasa ragu-ragu terhadap hukum Allah yang termaktub di dalam al-Quran.
     
  • Perkataan
    1. Menghina hukum Islam seperti hukum ini sudah lapuk.
    2. Mencerca Allah dan Rasul-Nya atau sifat-sifatNya yang sempurna.
    3. Membaca ayat al-Quran dengan cara mempersenda dan mempermainkannya.
    4. Melahirkan kebencian ketika menyebut nama Allah seperti menyatakan: "orang itu sedang menyalak" kepada orang yang sedang azan.
     
  • Perbuatan
    1. Menukarkan agama kepada agama lain (murtad).
    2. Menganut fahaman yang menolak Islam.
    3. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
    4. Menyembah berhala atau melakukan mana-mana ibadat yang lain daripada Allah. 
    5. Meletakkan al-Quran, hadis Nabi atau nama-nama Allah di tempat yang kotor dengan tujuan untuk menghina.


Syarat-syarat Yang Boleh Menyebabkan Terbatalnya Iman:
  1. Hatinya tenang mengucapkan ucapan kufur.
  2. Rela dan redha dengan tindakan yang dilakukan walaupun dipaksa kerana Rasulullah SAW menyebut bahawa setiap amalan itu bergantung kepada niat seseorang.


Usaha Untuk Menjauhkan Perkara-perkara Yang Boleh Membatalkan Iman:
  • Memberi didikan agama yang sempurna terutamanya kepada anak-anak.
  • Menguatkuasakan undang-undang.
  • Menjalankan hukum-hukum Islam di dalam masyarakat.
  • Memperbanyakkan zikir kepada Allah dan sentiasa mengingatinya.
  • Melakukan amalan sunat.
  • Menjauhkan maksiat.


Ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia:
  • Mempertikaikan kebenaran ajaran al-Quran dan al-Hadis atau mentafsirkannya mengikut sesuka hati tanpa ilmu.
  • Mengadakan perkara bid'ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan syariat yang diasaskan dengan dalil qat'ie.
  • Mana-mana kumpulan yang mendakwa dirinya atau orang lain sebagai nabi terakhir, nabi Isa, Imam Mahdi atau lain-lain istilah yang seumpama dengannya.
  • Mempercayai ada kitab lain yang menyamai al-Quran dan memansukhkannya serta mempercayai ada kiblat yang lain selain dari ka'bah.
  • Pendewaan diri atau pemimpin seperti mendakwa dirinya atau ketuanya adalah ahli syurga, boleh menebus dosa atau mendakwa mempunyai kelebihan lebih dari orang lain.


Konsep Dosa dan Pahala

Maksud dosa:
  1. Bahasa - Hukuman atau balasan.
  2. Syarak -  Balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yang diperintahnya.
Istilah Dosa Dalam Al-Quran:
  • الذنب
  • الخطيئة
  • السيئة
  • العصيان
  • الفساد
  • الإثم


Maksud Pahala:
  1. Bahasa - Ganjaran atau balasan
  2. Syarak - Ganjaran baik yang dikurniakan oleh Allah kerana mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Istilah Pahala Dalam Al-Quran:
  • الثواب
  • الأجر


Bahagian Dosa:
  1. Dosa Besar
    • Kesalahan yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis dengan ancaman Neraka atau kemurkaan dan seksaan Allah. Kesalahan yang dikenakan hukum had.
    • Tidak akan diampun kecuali dengan taubat nasuha.
    • contohya: membunuh, derhaka kepada ibu bapa, zina
  2. Dosa Kecil
    • Kesalahan yang tidak disertai ancaman kemurkaan dan seksaan Allah. Kesalahan di luar batasan hukum had.
    • Boleh terhapus dengan amalan kebajikan dan menjauhkan diri dari dosa besar.
    • contohnya: Menyentuh al-Quran tanpa wuduk.
     

Akibat Dosa:
  • Mendapat kemurkaan daripada Allah
  • Hati sentiasa resah dan gelisah
  • Allah akan menarik nikmat dan menurunkan bala
  • Memutuskan hubungan antara hamba dan tuhannya
  • Doa tidak dimakbulkan oleh Allah
  • Mendapat balasan neraka di akhirat kelak
  • Mudah berputus asa
  • Menimbulkan banyak penyakit sosial seperti pergaduhan, pembunuhan dll. 

Kesan Pahala:
  • Mendapat keredhaan Allah
  • Jiwa sentiasa tenang dan gembira
  • Sentiasa sabar di dalam setiap ujian Allah kepadanya
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Doa dimakbulkan oleh Allah
  • Mendapat balasan syurga di akhirat kelak
  • Allah akan memelihara manusia dari bala bencana dan penyakit.

Ciri-ciri Dosa:
  • Perbuatan melanggar perintah Allah akan membawa kerosakan dan kesusahan bagi kehidupan manusia di dunia dan di akhirat
  • Mendatangkan berbagai penyakit
  • Menimbulkan keresahan kepada manusia
  • Dibenci oleh masyarakat kerana fitrah manusia benci akan kejahatan

Ciri-ciri Pahala:
  • Perbuatan mentaati perintah Allah akan memberi kesenangan bagi kehidupan manusia di dunia dan di akhirat
  • Menjauhkan dari pelbagai penyakit
  • Memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia
  • Menyatupadukan orang Islam serta masyarakat

Faktor Yang Mendorong Seseorang Melakukan Dosa:
  • Hasutan syaitan
  • Pengaruh hawa nafsu
  • Kurang didikan agama
  • Lemah iman dalam diri
  • Pengaruh suasana masyarakat, kawan-kawan dan media massa
  • Tiada wawasan kehidupan akhirat

Faktor Yang Mendorong Seseorang Mendapat Pahala:
  • Berusaha membuat kebaikan
  • Mencari kawan-kawan yang baik dan sentiasa menghadiri majlis ilmu
  • Mendapat didikan agama yang secukupnya
  • Melakukan amal kebajikan
  • Banyak melakukan ibadat kepada Allah
  • Mempunyai wawasan kehidupan akhirat


Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Dosa:
  • Meninggalkan tuntutan Rukun Islam dan Rukun Iman
  • Melanggar batas-batas hak sesama makhluk seperti mengumpat, mencaci, membuat fitnah, mangadu domba, melihat aurat bukan mahram dll.
  • Melakukan maksiat kepada Allah


Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pahala:
  • Menunaikan tuntutan Rukun Islam seperti solat lima waktu, berpuasa, menunaikan haji dan menunaikan zakat
  • Melakukan amalan sunat seperti bersedekah dan membantu orang yang kurang upaya
  • Memenuhi hak ibu bapa, anak-anak serta ahli keluarga lain


Konsep Dosa dan Pahala Dapat Mengatasi Gejala Sosial.
Hujah Untuk Menyokong Pernyataan Tersebut:
-Orang yang berpegang dengan konsep dosa dan pahala akan sentiasa mengawasi diri.


Langkah Untuk Menjauhi dan Menghapuskan Dosa:
  • Mendalami ilmu agama
  • Ilmu yang dituntut hendaklah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya diamalkannya.
  • Sentiasa bertaubat dan berdoa kepada Allah
  • Sentiasa berterusan melakukan ibadat kepada Allah
  • Sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ibadat dan amal kebajikan 
  • Muhasabah diri dari semasa ke semasa


Maksud Taubat:
  • Kembali ke pangkal jalan iaitu kembali kepada fitrah. Fitrah Islam ialah bersih daripada dosa.
  • Berhenti dari melakukan maksiat, menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan, berazam tidak akan mengulangi lagi serta terus mendekatkan diri kepada Allah.


Cara Bertaubat:
  1. Kepada Allah
    • Berhenti terus daripada melakukan dosa
    • Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan
    • Berazam tidak akan mengulangi dosa itu lagi
    • Memohon ampun daripada Allah
  2. Kepada Manusia
    • Berhenti terus daripada melakukan dosa
    • Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan
    • Berazam tidak akan mengulangi dosa itu lagi
    • Memohon maaf dan memenuhi hak mereka




I

Friday, 14 March 2014

Kejadian Manusia Bukti Kewujudan Allah

Asal Kejadian Manusia:
- Menurut Al-Quran, manusia berasal daripada nabi Adam dan isterinya Hawa.
- Teori Charles Darwin menyatakan manusia berasal daripada beruk adalah TIDAK BENAR.

Hujah Menolak Teori Charles Darwin:
  1. Al-Quran
    • Allah menerangkan asal kejadian manusia daripada nabi Adam dan Hawa.
  2. Akal
    • Tidak pernah ditemui beruk bertukar menjadi manusia.
  3. Sains
    • Manusia terjadi hasil percantuman sperma dengan ovum.

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah:
  • Firman Allah:
    ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقينmaksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta" [surah al-Mukminun, ayat 12-14]
  • Manusia dijadikan melalui beberapa proses yang unik, rapi teratur menurut sunnah dan sistem yang ditentukan Allah.


Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran:
  1. Nutfah
    • (sperma + ovum dalam rahim ibu) - 40 hari
     
  2. Alaqah
    • (segumpal darah) - 40 hari
  3. Mudghoh
    • (seketul daging) - 40 hari
    • Malaikat meniupkan roh
  4. I'zhom
    • Tulang dibaluti dengan daging
  5. Janin
    • Lengkap anggota asas seperti telinga, mata, hidung, mulut, tangan, kaki dll


Proses Kejadian Manusia Menurut Sains:
  • Manusia dari segi fizikal, terdiri dari kumpulan sel, tulang, saraf, darah dll yang membentuk jasad.
  • Sperma + uvum dalam rahim ibu membentuk janin yang membesar secara berperingkat.
  • Setelah cukup tempoh, janin lahir ke dunia sebagai bayi


Adakah Proses Kejadian Manusia Melalui Kajian Sains Bercanggah Dengan Al-Quran??
  • Proses kejadian manusia melalui penemuan sains tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Hanya proses peniupan roh ke dalam janin sahaja yang tidak ditemui oleh ahli sains, kerana ilmu manusia terbatas, hanya mampu mengkaji perkara nyata sahaja.
Mengapakah Kajian Sains Tidak Dapat Mengkaji Tentang Roh?
  • Firman Allah:
    وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً
  • maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja" [surah al-Isra', ayat 85]
  • Roh adalah urusan Allah.
  • Ilmu manusia terbatas, hanya mampu mengkaji perkara yang nyata sahaja. Mereka tidak mampu mengkaji roh kerana ia perkara ghaib.

Bukti kekuasaan Allah Melalui Kejadian Manusia:
  • Proses kejadian manusia yang unik, rapi dan teratur menurut sistem yang diatur oleh pencipta yang Maha Agong.
  • Proses penciptaan anggota manusia seperti telinga, mata, jantung dan anggota lain dan diletakkan di tempat yang sesuai dan berfungsi dengan baik.
  • Peniupan roh yang tidak dapat dikaji oleh ahli sains membuktikan kekuasaan Allah.
  • Pengurniaan akal kepada manusia yang mampu berfikir, berusaha dan mencipta sesuatu membuktikan kekuasaan Allah.

Hikmah Kejadian Manusia Pelbagai Rupa dan Bangsa:
  • Supaya manusia memperhambakan diri kepada Allah tanpa mengira rupa dan bangsa.
  • Manusia dapat berkenalan, tolong-menolong dan menghargai keistimewaan masing-masing.
  • Supaya menjadi khalifah Allah dan sama-sama memakmurkan muka bumi.
  • Setiap orang boleh menilai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, supaya tidak sombong dan takabur.

Keistimewaan Manusia:
  • Manusia dikurniakan akal, mampu berfikir dan mencipta sesuatu.
  • Manusia dilantik sebagai khaifah Allah untuk memakmurkan bumi.
  • Manusia dicipta sebaik-baik kejadian.
  • Manusia dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.

Islam Sebagai Ad-Din (Agama) Pembawa Rahmat

Maksud Islam Sebagai Ad-Din:
- Satu cara hidup yang lengkap meliputi semua aspek kehidupan manusia.

Ideologi Lain:
- Menganggap agama sebagai perkara individu yang hanya berkaitan dengan ibadat khusus semata-mata.

Kesan Menolak Islam Sebagai Ad-Din:
  • Dimurkai Allah
  • Timbul pelbagai masalah sosial, ekonomi dan politik
  • Hidup tanpa arah tujuan yang betul
  • Kemajuan yang dicapai tidak dapat memberi kebahagiaan yang sebenar
Rahmat Yang Dibawa Oleh Islam:
  1. Rahmat Hidayah (Petunjuk/Pimpinan)
      • إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ 
      • maksudnya: "tidak ada siapa yang boleh memberi hidayah kecuali Allah"                [surah al-Qasas, ayat 56]
      • Islam memberi petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar
      • Mengubah manusia daripada kejahilan kepada kebenaran
      • Cara untuk mendapat hidayah: berusaha dan berdoa
  2. Rahmat Iman
    • وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
    • maksudnya: "dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai," [surah al-Baqarah, ayat 25]
    • Orang yang beriman dapat mengawal nafsu
    • Mematuhi perintah Allah
    • Memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat
    • Mendapat balasan syurga
    • Mendapat ketenangan hati/ ketenteraman jiwa
  3. Rahmat Ilmu
    • يرفع الله الذين امنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات
    • maksudnya: "Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat," [surah al-Mujadalah, ayat 11]
    • Orang berilmu dipandang mulia di sisi Allah
    • Manusia dapat mengenal pencipta
    • Berfikiran waras dan bermanfaat
    • Ibadat lebih sempurna 
    • Boleh memberi sumbangan kepada kemajuan negara
  4. Rahmat Ibadat
    • إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
    • maksudnya: "sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar," [surah al-Ankabut, ayat 45]
    • Manusia berhubung dengan Allah melalui solat, puasa dll.
    • Ibadat yang dilakukan diberi ganjaran pahala
    • Dapat menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar
  5. Rahmat Akhlak
    • لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
    • maksudnya: "sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik,"         [surah al-Ahzab, ayat 21]
    • Manusia yang berakhlak mulia dihormati
    • Menjamin keselamatan hidup
  6. Rahmat Akal
    • Dapat membezakan antara manusia dengan makhluk lain/ dapat membezakan antara yang hak dan batil
    • Dapat merancang masa depan dengan baik
    • Memahami segala perintah Allah
    • Memahami hikmah perintah dan larangan-Nya
    • Bersyukur atas nikmat Allah
    • Manusia akan sentiasa beriman kepada Allah

Iman Fitrah Manusia

Maksud Iman:
- Pengakuan atau iqrar dengan lisan, membenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan amalan zahir.


Maksud Fitrah:
- Sesuatu yang semulajadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri.


Maksud Iman Fitrah Manusia:
- Secara fitrah, manusia adalah beragama atau beriman kepada Allah.


Bukti Iman Fitrah Manusia:
  • Masyarakat primitif memohon perlindungan dan pertolongan kepada sesuatu yang dipercayai ada kuasa ghaib seperti bukit, pokok besar, laut, matahari, bulan dll.
  • Manusia berusaha mencari tuhan yang sebenar. Contohnya, Nabi Ibrahim yang berusaha mencari tuhan.
  • Apabila ditimpa bencana dan musibah, manusia kembali mengingati Allah dan memohon pertolongannya.

Maksud Beriman Kepada Allah:
- Mengaku dan beriqrar dengan lisan, membenarkan dalam hati akan kewujudan dan kekuasaan Allah, dan dibuktikan dengan amalan zahir.


Sebab Manusia Perlu Beriman Kepada Allah:
  • Fitrah manusia sendiri beriman kepada Allah
  • Allah pencipta alam dan manusia
  • Allah menjanjikan balasan baik
  • Agar mendapat keredhaan Allah
  • Agar sejahtera hidup dunia dan akhirat

Peranan Iman:
  • Mewujudkan ketenteraman
  • Mewujudkan kekuatan jiwa
  • Memupuk semangat berkorban
  • Mendorong istiqamah melakukan amal soleh
  • Mendorong melakukan amalan dengan ikhlas
  • Mendorong amar makruf nahi munkar

Amalan Yang Membawa Halawatul-Iman (Kemanisan Iman):
- Dalil: Sabda Rasul SAW:
 ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
  • "Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka"

Cara Untuk Mendapatkan Halawatul-Iman:
  • Cintakan Allah dan Rasul lebih daripada cinta kepada orang lain
  • Mengasihi sahabat semata-mata kerana Allah
  • Membenci untuk kembali kepada kekufuran
  • Sabar menghadapi ujian dan cabaran
  • Istiqamah melakukan ibadat
  • Memperbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat dan membaca al-Quran


Kesan Halawatul-Iman:
  • Bertambah rajin melakukan amal ibadat
  • Hati bertambah tenang dan tenteram
  • Wajah berseri-seri
  • Rezeki bertambah berkat
  • Sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan
  • Memiliki semangat jihad yang tinggi untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara